MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Tindakan mendadak pengendali laman reformasi itu adalah mengejutkan sekelian penulis
rencana dan mereka yang sama-sama menyumbang membina laman-laman terbabit. Hakikat itu
harus diakui oleh pengendali laman terbabit.
Peranan yang di mainkan oleh
pengendali Mahazalim asal (yang baru ‘bangkit dari kubur’) seperti yang memaklumkan
dalam artikel “KEMBALI KE PERSADA PERJUANGAN SIBER” (KPPS) tidak ada siapa yang
mempertikaikannya. Begitu juga peranan pengendali lain juga.
Si pengendali
nampaknya lupa, tanpa sumbangan penulis siber yang memberi sumbangan dalam bentuk rencana
dan maklumat untuk mengisi laman-laman terbabit, ia akan mati dan hilang terkubur dari
muka siber. Pengendali siber pasti tidak mampu menulis 100 rencana sehari. Kami lihat,
satu untuk seminggu pun payah.
Jika Si pengendali mengatakan sumbangan mereka itu
adalah ikhlas, begitu juga para penyumbang. Mereka lakukan semata-mata sebagai menyahut
imbauan perkembangan politik masa kini. Tidak ada antara mereka yang dapat ganjaran atau
habuan pastinya.
Kami sebagai penulis mentafsirkan bahawa kenyataan anda dalam KPPS
itu bersekali dengan tindakan menggelapkan Laman anda dan menggunakan sebagai strategi protes (bagi kami) adalah berbau ‘sedikit ego’.
Sebagai penulis siber
Reformasi, kami ada banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat dan pendapat kepada rakyat.
Mungkin 6 gelap, 10 yang baru akan merecup sebagai cendawan. Sebagai penyumbang, yang
penting cuma satu – kami perlu berhati-hati supaya kami tidak mengalami “pisang
berbuah dua kali” seperti yang anda yang berlima ini lakukan.
Dengan itu, jika
“close shop” sekalipun anda, terpulanglah kepada pilihan anda. Tetapi hakikatnya,
perbuatan anda masih kami tidak tahu hujung pangkalnya.
Kenyataan anda masih
bergelumang dengan banyak tanda tanya. Cuba terangkan melalui PW yang masih aktif sekarang
ini yang akan menyampaikan kepada kami sekelian maksud 3 point dalam Deklarasi bersama
anda itu:
1. KAMI, menjunjung dan mendokong agenda beliau bagi melakukan reformasi total dalam usaha menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman.
(reformasi total?)
2.
KAMI, berikrar akan menentang sebarang percubaan dan agenda-agenda yang menampakkan kepada
usaha-usaha membantutkan hala tuju gerakan reformasi. (sebarang percubaan dan
agenda-agenda…membantutkan?)
3. KAMI, akan terus berusaha untuk memastikan agar
perjuangan ini tidak di ganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, beragenda
tersendiri yang membawa kepada keruntuhan perjuangan asal tuntutan reformasi. (di
ganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, beragenda tersendiri yang membawa
kepada keruntuhan perjuangan asal tuntutan reformasi?)
Menyembunyikan alasan dalam
3 point itu menambahkan kesangsian penulis siber kemana arah tuju anda sekarang. Seolah
anda buat tuduhan, bicarakan dan jatuhkan hukuman sendiri. Itu Mahkamah MAHATHIR namanya.
Nak ikut rentak itu pula kah? Tentu 200,000 ++++ reformis akan boikot anda!!
Ada
antara penulis siber yang mulai timbulkan kesangsian sekarang iaitu: Apa yang anda lakukan
bertepatan pula dengan tindakan “Zuraidi Rahim dengan kumpulan 15” yang keluar parti
KeADILan dan masuk UMNO. Dengan bangga beliau bersalaman dengan PM dan sekaligus
memburukkan nama pemimpin KeADILan (Ezam Mohd. Nor). Kami penulis siber sangsi,
seolah-olah ada kaitan agenda tindakan anda dengan tindak Zuraidi Rahim dengan kumpulan 15
itu. Itu kami orang mau gak nak tanya.
Jika soalan itu tidak dijawab, kemungkinan
besar, walaupun Laman anda dibuka semula, anda akan kecewa. Penulis siber reformasi tidak
akan menghantar sumbangan rencana & maklumat lagi kepada laman-laman anda.
Bergelaplah anda sampai kiamat.
Anda perlu ingat, pra penulis siber reformasi tidak
semestinya terikat, addicted atau terpaksa menghantar sumbangan kepada laman web anda.
Kami banyak alternatif lain. Akhirnya bukan saja anda akan bertafakur sebentar, malah akan
TERKUBUR selama-lamanya. Kami bukan mengugut, tetapi itulah hakikat. Ramai penulis siber
reformasi yang mulai mensangsikan tindakan anda, atas sebab:
1) anda bertindak
dalam waktu kritikal iaitu pada pilihanraya kecil Teluk Kemang – seharusnya anda
menangguhkan sementara; tapi nampaknya anda sengaja memilih masa yang tidak kena pada
ketikanya,
2) pelancaran “operasi gelap” anda itu tidak diberi maklumat dan
penerangan awal kepada atau berbincang untuk memantau fikiran penulis siber dan rakyat
sebelum bertindak. Jika benar spt yang anda akui ‘reformasi adalah atas dokongan rakyat,
mengapa anda tidak lakukan?,
3) Tindakan anda berbau ‘mengugut’. Ini tidak
nampak sebaik cara dilakukan ke atas sebuah parti yang didukung rakyat,
4) tindakan
anda melemahkan peranan laman anda sendiri yang gigih dibina selama ini.
Anda perlu
belajar dari apa yang dialami oleh UMNO dan pemimpin mereka. Sekali rakyat putus dalam
hati mempertikaikan kejujuran mereka, melalak-melaunglah sampai ke langit hijau, orang buat
tak dengar jerrr..!! Jika itu jejak yang anda ikut, masa itu terimalah nasib anda pula.
Sila
pantau sendiri apa reformis kata di FGR. Pasti anda akan berfikir 2 kali.
Salam
Elniza
|